Wednesday, April 4, 2012

Kampung Tegarai Tiada Liputan Telekomunikasi

Terletak hanya sekitar 20 kilometer dari pusat bandar Limbang, lebih 300 penduduk di Kampung Tegarai di sini merasakan hidup seperti ‘terkebelakang’ akibat ketiadaan liputan jaringan telekomunikasi yang dirasaikan penting khususnya ketika berdepan kes kecemasan.

Bagi mereka tanpa liputan jelas untuk ‘menghidupkan’ fungsi telefon bimbit serta talian rumah, mereka seperti jauh ketinggalan kerana kesukaran berhubung dengan dunia luar.

Adapun liputan telefon, ia tidak dapat digunakan kerana hanya liputan antarabangsa dari negara jiran Brunei senang diakses di kampung tersebut yang terletak bersebelahan daerah Temburong, Brunei Darussalam.

Lawasboy berpendapat selari dengan keperluan dan kehendak dunia urban dan global, jaringan telefon amat diperlukan bukan saja ketika kecemasan, tetapi juga dalam pelbagai keadaan.

Masalah yang membelenggu penduduk kampung ini perlu diambil perhatian sewajarnya kerana sukar sekiranya penduduk mahu mendapatkan bantuan sekiranya berlaku kes-kes kecemasan...

1 comment:

Unknown said...

LawasBoy, orang-orang dulu gunakan isyarat asap aje untuk menghubungi satu sama lain.

Di kampung Jarumemas di Melaka pun sukar untuk mendapat liputan. Merata Jarumemas adik beradik merayau di sekeliling kawasan rumah untuk mendapatkan liputan. Bila dilihat betul-betul di kawasan kampung Jarumemas memang jauh dari pencawang Maxis ataupun TM, UMobile etc....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...