Thursday, April 5, 2012

Sokong Pembangkang Gadai Masa Depan

Ahli Parlimen Sri Aman Masir Kujat menasihati rakyat negeri ini terutama di kawasan Parlimen Sri Aman agar tidak menggadaikan masa depan mereka dengan memberi sokongan kepada parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Ini berikutan Sarawak telah banyak menerima peruntukan daripada kerajaan pusat bagi merancakkan lagi proses pembangunan di Sri Aman pada masa akan datang, ujarnya.

“Jadi janganlah menentang BN pada pilihan raya umum nanti sekiranya anda semua ingin terus menikmati arus pembangunan berterusan daripada kerajaan BN,” katanya.

LawasBoy sebagai rakyat dan pengundi menyokong dengan kenyataan Ahli Yang Berhormat ini..
LawasBoy berpendapat apa yang penting ialah wakil rakyat harus bekerja keras..jangan hanya mengharap rakyat mengundi kita..sebagai seorang wakil rakyat,seharusnya menjalakan tugas dengan adil dan bukannya 'bias' dalam menentukan sesuatu projek..memang wajar kerajaan memberikan peruntukan kepada rakyatnya sebab itu adalah dasar utama kerajaan tetapi kalau hanya sesetengah pihak saja yang mendapat peruntukan tersebut tidak guna juga..Wakil rakyat juga seharusnya bekerja keras dalam menjaga sosio ekonomi kawasan masing-masing setiap masa bukan hanya bila menjelangnya pilihan raya baru nak turun padang..

P/S kadang-kadang pengundi bukan menolak kerajaan mentah-mentah tetapi attitude wakil rakyat yang dicalonkan...so jangan hanya berdiri di bawah bendera BN..bila dah jadi wakil rakyat janji-janji harus ditunaikan..kita akan menyokong penuh BN jika wakil rakyat telus dan ikhlas menjalankan tugas..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...