Wednesday, May 9, 2012

Rugi Sokong Pembangkang

Sokongan rakyat kepada pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang mampu melenyapkan beberapa hak istimewa mereka termasuk bantuan kerajaan.

Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata rakyat yang memberi kepercayaan kepada pembangkang pada pilihan raya lalu kemungkinan sudah merasai keperitan mendapatkan bantuan.

“Pembangkang tidak mempunyai peruntukan kekal seperti kerajaan Barisan Nasional (BN) dan atas alasan itu, mereka tidak mampu menunaikan janji kepada rakyat,” katanya ketika ditemui semalam.

Sebagai contoh katanya, pembangkang tidak dapat menyediakan geran projek kecil luar bandar (MRP) untuk pertubuhan atau kampung-kampung untuk menjalankan aktiviti.

“Jika sebelum ini mereka dapat menjalankan pelbagai aktiviti melalui geran MRP, namun sebaik sahaja mereka memilih pembangkang, hak keistimewaan itu turut terhapus,” ujarnya.

Menurutnya, pertubuhan atau persatuan yang sebelum ini turut aktif menjalankan aktiviti disebabkan adanya peruntukan, namun keadaan itu berubah serta-merta sebaik menyokong pembangkang.


Majlis Guru Besar Perlu Bergiat Dengan Kerajaan

Majlis Guru Besar di seluruh negeri perlu meng-giatkan hubungan strategik dengan agensi-agensi kerajaan untuk meningkatkan akses dan kualiti pendidikan.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata, hubungan strategik antara kedua-dua pihak mampu meningkatkan minat pelajar terhadap pelajaran.

Menurutnya, pelajar sekarang tidak lagi dapat dididik dengan teknik lama, sebaliknya mereka lebih berminat kepada sistem pembelajaran yang menyeronokkan.

Mengulas lanjut mengenai hubungan strategik bersama agensi-agensi kerajaan, Fatimah berkata, hubungan itu perlu diteruskan dalam pelbagai bidang agar dapat meningkatkan kepakaran guru.

“Hubungan strategik bukan hanya terhad kepada bidang seni semata-mata, sebaliknya boleh diperluaskan dalam bidang lain seperti sukan.


Lupakan Seketika Sengketa

Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) perlu melupakan krisis dalaman parti sekurang-kurangnya sehingga Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Menteri Kewangan Kedua, Dato Sri Wong Soon Koh memberitahu, sebarang ketidak-puasan hati atau perbezaan pendapat dalam parti harus diketepikan terlebih dahulu dan parti perlu bersatu padu memfokuskan kemenangan 100 peratus pada PRU13.

“Sekiranya ingin bertelingkah, bertelingkahlah selepas pilihan raya… tetapi buat masa sekarang, kita mesti me-numpukan perhatian sepenuhnya terhadap persiapan PRU, seperti yang Ketua Menteri kita nasihatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas seruan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sarawak yang mahu semua parti bersatu padu dan mencontohi kestabilan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...