Monday, July 30, 2012

Polis Bimbang??

Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) menjadi kebimbangan utama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memastikan keselamatan negara terkawal daripada tindakan eksploitasi oleh pihak ekstremis politik.

Hakikat itu menurut salah seorang pegawai tertinggi polis di cawangan khas terdapat pihak yang menjadikan masjid sebagai platform untuk menghasut bagi menghadapi PRU yang akan diadakan tidak lama lagi.

Bagi LawasBoy kenyataan pegawai polis tersebut memang ada benarnya memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang kaum dan agama, jika tidak dijaga dan dikawal daripada eksploitasi oleh pihak ekstremis sosial, agama dan politik, ia mungkin akan memudaratkan keselamatan negara.




Galak Kanak-Kanak Merokok?

Apa sudah jadi???

Ketika Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sibuk berkempen untuk mengurangkan jumlah penghisap rokok di negara ini, ada pula sesetengah pihak yang cuba menggalakkan aktiviti yang kurang sihat ini di peringkat kanak-kanak.

Menurut sumber yang dipercayai beberapa kedai runcit dan kedai serbaneka di sini semalam mendapati hampir kesemua premis yang dilawati ada menjual Smoke Candy atau gula-gula rokok untuk kanak-kanak.

Gula-gula yang dijenamakan dengan jenama-jenama rokok yang terkenal seperti Marlboro, Kent, Camel dan rokok 888 ini disusun bersama-sama produk makanan lain untuk kanak-kanak.

Untuk menarik minat orang membeli gula-gula ini, Smoke Candy ini dibungkus menyerupai corak dan reka bentuk rokok sebenar yang berada di pasaran.

Dimuatkan lima batang ‘rokok’ dengan harga serendah 30 sen setiap kotak memang tidak mustahil untuk gula-gula jenis ini menjadi kegilaan golongan kanak-kanak yang mahu berketerampilan seperti orang dewasa.

Lebih membimbangkan keadaan, Smoke Candy dan beberapa lagi gula-gula berjenama terkenal yang dipercayai diimport dari negara China tidak mempunyai sebarang label nutrisi termasuk kelulusan daripada mana-mana pertubuhan berdaftar di Malaysia.


Wednesday, July 25, 2012

Mawan Terdiam Bila Judat Berundur

Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Tan Sri William Mawan Ikom memilih untuk berdiam diri buat sementara waktu.

“Saya hanya akan memberi kenyataan apabila tiba masanya,” katanya semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sekiranya matlamat perjuangan parti sebagai parti pemerintah di Sarawak akan terjejas dengan hanya seorang wakil rakyat Dewan Undangan Negeri sahaja yang tinggal.

Mawan, yang juga ADUN Pakan merupakan wakil rakyat DUN tunggal di SPDP selepas penarikan diri oleh ADUN Meluan Wong Judat.

Judat yang juga Naib Presiden SPDP membuat kenyataan untuk meninggalkan SPDP dan menyertai Parti Pekerja Sarawak (SWP) selepas majlis Pentas Rakyat SWP di Kanowit malam Sabtu lepas.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...