Wednesday, March 21, 2012

Dakwaan Sijil Halal Sukar Diperolehi Tidak Benar: Daud

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman menafikan dakwaan tentang kesukaran dan kos tinggi untuk memohon Sijil Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Beliau berkata, standard tertentu seperti pengubahsuaian premis dengan memiliki lantai dan dapur yang bersih bagi mengekalkan aspek kebersihan ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Kesihatan.

“Bukan JAKIM dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) yang menetapkan peraturan agar pengubahsuaian (dilakukan) di bahagian dapur atau lantai sesebuah premis.

“Tetapi ia adalah peraturan atau undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan untuk premis yang beroperasi,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke tapak pembinaan Kompleks Islam Sarawak Sibu di Jalan Awang Ramli Amit di sini, semalam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...