Wednesday, March 21, 2012

SPDP 5 Bertegas Letak Calon Di Mas Gading

Kumpulan Berlima (SPDP 5) akan meletakkan calon di kerusi Parlimen Mas Gading untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Jurucakapnya, Datuk Peter Nansian Ngusie memberitahu, mereka berhak meletakkan calon di kerusi itu memandangkan mereka tidak lagi berada dalam Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), tetapi terpulang kepada pucuk pimpinan BN untuk menerima atau sebaliknya.

“Semua orang termasuk SPDP boleh meletakkan calon di mana-mana kerusi tetapi selaku calon BN, kita tahu hanya pucuk kepimpinan BN yang boleh memutuskan siapa akan bertanding berdasarkan penilaian mereka terhadap calon mampu menang, sekali gus apa yang terbaik untuk BN.

“SPDP mempunyai hak untuk memilih calon mereka sendiri dan seperti itu juga, kita turut mempunyai hak untuk meletakkan calon… kita biarkan pucuk pimpinan BN untuk menentukan dan keputusan itu perlu diterima oleh semua orang,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), semalam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...