Friday, March 9, 2012

Jangan Jadikan Hotel Tempat Judi, Maksiat

Ahli-ahli Persatuan Hotel Wilayah Tengah Sarawak (SCRHA) diingatkan agar tidak menjadikan hotel milik mereka sebagai tempat perjudian atau maksiat.

Pengerusinya, Johnny Wong Sie Lee berkata, kegiatan menjadikan hotel termasuk hotel bajet sebagai tempat perjudian atau maksiat adalah satu kesalahan yang serius.

“Kami mengingatkan ahli-ahli agar tidak menjadikan hotel mereka sebagai tempat perjudian atau maksiat.

“Perbuatan seperti ini boleh mencemarkan nama baik persatuan dan juga hotel yang terlibat,” ujarnya kepada pemberita semalam.

Menurut Wong, beliau ada terbaca di surat khabar berhubung hotel yang diserbu oleh pihak berkuasa kerana menjadi tempat perjudian dan maksiat.

“Namun kami berasa lega kerana belum ada ahli-ahli SCRHA yang terbabit dengan kesalahan ini,” jelas beliau yang memandang serius perkara tersebut.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...