Tuesday, April 17, 2012

Pertahan Sarawak Daripada Jatuh Ke Tangan PAS

Rakyat Sarawak harus mempertahankan negeri ini daripada dirampas oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang bakal tiba.

Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata, anak jati sendiri adalah pilihan terbaik terutama dari segi pentadbiran politik.

“Adakah rakyat negeri ini mahu melihat Sarawak dirampas dalam PRU13 nanti terutama oleh PAS?”

Menurutnya, jika rakyat Sarawak masih sayangkan negeri ini, sudah pasti PAS dan sekutunya yang lain harus ditolak dan jelas bukan pilihan dalam PRU13.
“Ini tanah kita dan hak kita, oleh itu tiada sesiapa yang boleh merampasnya daripada kita semua,” katanya dengan penuh semangat.

Selain itu, beliau turut mengingatkan rakyat supaya terus memberi sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) demi mempertahankan Putrajaya.

Ini kata beliau demi mengelakkan kawasan nadi pemerintahan kerajaan sekarang daripada ditawan oleh pihak lain yang mempunyai cita-cita tinggi untuk mengambil alih tampuk pemerintahan.

“Demi mempertahankan semuanya, hanya satu sahaja harus dipilih dan tidak harus ada pilihan selainnya iaitu BN dalam PRU13,” ujarnya.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...