Wednesday, September 5, 2012

Jawatan Berdasar Meritokrasi

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam menepis dakwaan wujud kuota kaum dalam meluluskan permohonan bagi pelbagai jawatan yang ditawarkan menerusi SPA.

Beliau berkata permohonan bagi setiap jawatan kosong seperti yang ditawarkan dalam SPA adalah berdasarkan sistem meritrokrasi dan bukan bersandarkan kuota kaum sama ada Melayu, Cina, India atau Dayak.

Tidak sama sekali. Kita tidak boleh mengenakan kuota daripada setiap kaum dalam meluluskan permohonan kerana tindakan tersebut boleh menjejaskan imej dan kredibiliti SPA,” katanya kepada pemberita semasa mengadakan sidang akhbar di sini semalam.

Permohonan SPA adalah berdasarkan sistem meritrokrasi selain permohonan juga harus disertai dengan kelayakan dan standard pendidikan atau pengalaman yang diperlukan bagi jawatan yang dipohon.

Apa yang penting ialah kita mahu memberikan khidmat terbaik kepada rakyat tanpa mengira latar belakang kaum dan agama,” tambahnya ketika ditanya adakah permohonan melibatkan kuota kaum ataupun negeri, kerana wujud dakwaan mengatakan permohonan dari kalangan kaum Dayak dan anak jati dari negeri Sarawak dalam SPA amat sedikit.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...