Thursday, September 27, 2012

Polis Diminta Adil Dan Telus Dalam Kes Edwin

Satu memorandum yang ingin menuntut keadilan berhubung kematian seorang remaja, Edwin Singa Pelipus, 19, malam Jumaat lepas sudah diserahkan kepada Ketua Polis Daerah Lawas DSP Fauzilan Abdul Aziz dalam satu perarakan melibatkan kira-kira 120 kaum Lun Bawang pagi semalam.

Perarakan bermula sekitar jam 11.30 pagi dan berakhir jam 12.30 pagi itu membawa beberapa sepanduk di beberapa jalan utama di sekitar pekan Lawas menuju ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas.

Antara lain mereka mahu polis Lawas melakukan siasatan secara adil ke atas insiden kematian Edwin.

Fauzilan ketika dihubungi Utusan Borneo semalam memberitahu bahawa memorandum dan surat itu diserahkan sendiri ketua kumpulan dalam perarakan itu sebelum mereka bersurai sejam kemudiannya.

“Antara lain memorandum itu menuntut keadilan dan mahu polis melakukan siasatan secara adil terhadap insiden pembunuhan ke atas Edwin baru-baru ini,” katanya.

Beliau dalam pada itu menasihati penduduk khususnya kaum Lun Bawang agar bertenang dan memberi ruang kepada polis untuk melakukan tindakan undang-undang ke atas mereka yang bertanggungjawab dalam insiden pembunuhan tersebut.

Beliau berkata ia penting bagi memastikan tahap keselamatan dan aktiviti ekonomi di daerah ini kembali berjalan seperti biasa. “Beri ruang kepada polis untuk mendakwa penjenayah sekali gus membawa mereka ke muka pengadilan dengan segera,” katanya. 

Beliau juga mahu pihak yang tidak berputus hati agar tidak melakukan tindakan di luar batasan undang-undang.

Jelas Fauzilan lagi, ketua kumpulan perarakan terbabit sudah diarah agar menasihati anak-anak buahnya agar bertenang dan tidak menimbulkan kekecohan. 

Beliau turut meminta orang ramai agar tidak mendengar sebarang maklumat dan spekulasi yang tidak betul sehingga boleh menimbulkan ketakutan di kalangan penduduk daerah ini. 

Ditanya mengenai perkembangan terbaharu kes yang menggemparkan itu, kata beliau, seramai 11 suspek berusia dalam lingkungan 17 hingga 40 tahun sudah diberkas sehingga semalam. 

Ditanya lanjut mengenai penahanan lapan suspek, beliau enggan mengulas lanjut dan menjelaskan polis masih memburu suspek yang terlibat untuk meneruskan siasatan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...