Wednesday, May 9, 2012

Anwar Tidak Dibenarkan Masuk Sarawak


Sepuluh cawangan Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di zon tengah negeri ini mengadakan protes secara aman di sini kelmarin bagi membantah kehadiran Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini.

Turut bersama kira-kira 150 ahli Pergerakan Pemuda PBB Zon Tengah meng-adakan protes secara aman itu ialah ahli-ahli Biro Ekonomi Pemuda PBB Negeri dan berpuluh-puluh orang ahli PEKIDA Sibu, Unit Media Baru dan Persatuan Seni Silat Nafas Alam (NAFAS) Wilayah Sibu.

Mereka turut membawa poster yang antaranya ditulis dengan kata-kata berbunyi ‘Anwar Kuda DAP’, ‘Pengkhianat Orang Melayu’, ‘Raja Pembelit, Pembohong & Pengkhianat’ dan ‘Penipu’.

Ketua Pemuda PBB Cawangan Tamin yang bertindak sebagai jurucakap mengadakan protes itu semalam, Michael Mew berkata, 10 Cawangan Pemuda PBB itu ialah Cawangan Bukit Assek, Dudong, Pelawan, Nangka, Bawang Assan, Machan, Meluan, Tamin, Semop, Ngemah dan Meradong.

“Protes secara aman yang kami adakan hari ini (semalam) adalah bagi mencadangkan kepada pihak berkuasa berkaitan supaya menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada datang melawat Sarawak lagi khasnya ke sini pada masa akan datang..


Jangan Jadikan Elaun Isu

Ketua kaum dan ketua masyarakat di sini tidak harus menjadikan kenaikan elaun yang tertangguh sejak sekian lama sebagai satu isu, lebih-lebih lagi menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Penghulu James Semilan Guang berkata, sekiranya isu tersebut terus dibangkitkan oleh ketua kaum dan juga ketua masyarakat, ia akan digunakan oleh pembangkang sebagai modal mereka pada pilihan raya nanti.

“Apabila isu terus dibangkitkan, kita bimbang ada ketua kaum dan ketua masyarakat nanti akan digunakan oleh pihak pembangkang bagi mencapai agenda politik mereka.

James yang merupakan penghulu bagi kawasan Bawang Assan, berkata demikian ketika diminta memberi pandangan berhubung kenyataan ketua masyarakat di Kuching, yang disiarkan akhbar ini kelmarin.

Dalam kenyataan tersebut, seorang ketua kampung yang enggan identitinya didedahkan melahirkan rasa kecewa terhadap kenaikan elaun terbabit yang telah tertangguh sejak setahun setengah.

Kenaikan elaun pemimpin masyarakat ini dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Belanjawaan 2011, iaitu kenaikan daripada RM450 kepada RM800 sebulan.




Entri Masih Wakil Rakyat BN

Pemimpin komuniti Iban di Tinjar, Penghulu Nyadang Renkang dari Sungai Sebulu memberitahu bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi Datuk Sylvester Entri Muran masih dalam Barisan Nasional (BN) dan menjalankan khidmat sebagai wakil rakyat.

“Jangan dengan khabar angin yang disebarkan oleh pengkritik kerana beliau (Entri) mempunyai kapasiti untuk membawa pembangunan sebagai seorang wakil rakyat BN.

“Justeru, rakyat di Marudi tidak perlu ragu-ragu untuk meminta projek pembangunan daripada beliau,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...