Monday, April 9, 2012

PAS Hina Iban Seketika Dulu...

Tindakan parti PAS yang ingin akan meletakkan calonnya berbangsa Iban di kerusi Parlimen Sibuti pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang hanyalah gimik politik semata-mata untuk menarik sokongan pengundi Iban.

Namun apa yang pasti, tindakan PAS itu hanya akan menjadi sia-sia kerana kaum Dayak khususnya masih lagi mengingati penghinaan terhadap kaum itu oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada pilihan raya kecil Batang Ai pada April 2009, di mana presiden PAS itu mengatakan pengundi Iban berpihak kepada Barisan Nasional (BN) kerana mereka masih memakai cawat.

Bagi LawasBoy, walaupun kenyataan itu hanyalah politik namun penghinaan terhadap sesuatu bangsa boleh mengakibatkan terjadinya isu perkauman..Apa yang pasti orang-orang Iban tidak pernah lupa penghinaan presiden PAS itu kepada Iban selepas pilihan raya kecil Batang Ai pada 2009.


     “Pengundi Iban jauh lebih bijak daripada Hadi. Tambahan ideologi PAS tidak akan diterima oleh Dayak. Oleh  itu PAS tidak akan berjaya di kawasan Dayak - Masing"


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...