Monday, April 9, 2012

SUPP Hantar 2 Nama Calon Bertanding Di Miri

Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Miri akan menghantar dua nama untuk pencalonan bagi Kawasan Parlimen P.219 Miri untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti..Ini termasuk Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dan Datuk Sebastian..

Namun percalonan ini bukan keputusan yang muktamad, sebaliknya terserah kepada pucuk pimpinan termasuk Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat keputusan yang terbaik.

Dikatakan, penyandang Datuk Seri Peter Chin sudi mengundur diri untuk memberi laluan kepada pemimpin muda jika perlu kerana calon yang dicadangkan iaitu Datuk Sebatian seorang yang disegani serta memberikan usaha dan kerja yang cemerlang dalam membantu kerajaan hingga ke peringkat akar umbi untuk berkhidmat kepada rakyat..

Apa-apa pun yang lebih penting ialah calon yang dipilih kelak harus bertanggungjawab dan bekerja keras bagi memastikan rakyat mendapat kepuasan dan kesenangan dari segi membangunkan kemudahan dan infrastruktur serta perpaduan yang utuh....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...