Monday, April 9, 2012

Turun Padang Patut Di lakukan

Seorang pemimpin tertinggi BN di Sarawak menggesa agar calon Barisan Nasional (BN) yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak harus membuktikan kewibawaan dan kebolehan bekerja untuk rakyat. Dikatakan pemimpin tersebut juga mahu semua calon BN harus turun padang dan mendekati rakyat jika berhasrat untuk menang pilihan raya.

Bagi LawasBoy gesaan ini amat perlu kerana sekarang bukan masa untuk berjanji sahaja sebaliknya ia adalah masa yang tepat untuk mendekati dan memenuhi keperluan rakyat menjelang PRU..Selain itu juga wakil-wakil rakyat ini seharusnya meneruskan sentuhan pembangunan kerajaan yang belum lagi terlaksana sepenuhnya..jangan hanya pandai bercakap tetapi kerja langsung tak bergerak..

Apa-apa pun wakil rakyat sekarang harus meneruskan usaha mendekati rakyat dan melihat apa keperluan mereka serta dalam masa sama melunaskan janji-janji kerajaan serta menyakinkan penduduk bahawa di bawah pentadbiran BN taraf hidup rakyat akan terus meningkat....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...