Wednesday, November 21, 2012

Anugerah Untuk Wira Dipertimbangkan

Pemberian anugerah atau penghargaan kepada golongan yang dianggap wira termasuk mereka yang menyelamatkan mangsa kemalangan mungkin boleh dipertimbangkan.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata, ia bagi memastikan sikap bertanggungjawab dan berperikemanusiaan berkenaan terus menjadi contoh kepada anggota masyarakat lain. 

“Anugerah atau penghargaan seperti ini, satu perkara yang boleh difikirkan bersama. Ini kerana kita mahu dalam usaha membangunkan modal insan, kita juga mahu rakyat kita mempunyai nilai-nilai positif,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam. 

Fatimah berkata demikian ketika mengulas mengenai laporan akhbar baru-baru ini berhubung tiga sahabat yang menyelamatkan seorang le-laki dari keretanya yang terbakar selepas terbabit kemalangan di Batu 7, Jalan Penrissen di sini, Khamis lepas.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...