Wednesday, November 21, 2012

Kerajaan Tidak Akan Tunduk

Kerajaan Sarawak tidak akan tunduk dengan desakan pakatan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mahu pelaksanaan projek hidro-elektrik (HEP) di negeri ini dihentikan. 

Menteri Kemajuan Tanah Tan Sri Dr James Jemut Masing berkata, projek itu adalah demi kepentingan dan masa depan Sarawak yang akan bergantung kepada sektor perindustrian.

“(Pakatan) NGO berhak untuk berbuat apa yang mereka mahu, tetapi saya rasa sebab di sebaliknya adalah tidak berapa munasabah untuk kita (kerajaan) pertimbangkan dengan serius.

“Anda harus ingat bahawa HEP adalah tenaga boleh diperbaharui paling bersih yang boleh dimiliki kerana saya rasa kita tidak boleh bergantung kepada tenaga angin dan solar sebab ia tidak akan mampu menampung kapasiti diperlukan,” katanya ketika ditemui di lobi Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan berita atas talian berhubung pakatan NGO Sarawak yang mahu pelaksanaan projek empangan mega dihentikan di negeri ini kerana menjejaskan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...