Wednesday, November 21, 2012

Kesedaran Kesihatan Dan Keselamatan PKS Sarawak Masih Rendah

Kesedaran mengenai aspek kesihatan dan keselamatan dalam kalangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Sarawak masih terlalu rendah berbanding PKS di Semenanjung Malaysia.

Pengarah Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (OSH) Negeri, Mohd Hatta Zakaria yang mendedahkan perkara itu berkata, tidak ada satu pun PKS di negeri ini mencapai Gred A, B atau C semasa program Pelan Induk Penambahbaikan OSH Dalam PKS yang dijalankan dari Januari hingga Jun tahun ini. 

Menurutnya, hanya 37 peratus PKS di Sarawak mencapai Gred D, manakala 63 peratus lagi Gred E dan kedua-dua gred itu berada di bawah paras memuaskan. 

“Kesedaran dalam kalangan pemain-pemain PKS mengenai aspek kesihatan dan keselamatan di tempat kerja mereka sangat rendah dan untuk mengatasi perkara ini, kami telah menganjur dan merancang aktiviti-aktiviti termasuk menyebarkan maklumat mengenai kesihatan dan keselamatan pekerjaan menerusi kaedah ‘pintu ke pintu,’ projek payung dan pendaftaran berterusan,” jelasnya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...