Wednesday, November 21, 2012

Belum Ada Rancangan Bina Klinik Baharu Di Ngemah

Kerajaan belum mempunyai perancangan untuk membina klinik baharu di dua kawasan konstituensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ngemah, iaitu di Nanga Dap atau Nanga Ngemah.

Menteri Muda Kesihatan Awam Dr Jerip Susil berkata, ia memandangkan Hospital Kanowit dan Klinik Kesihatan Nanga Ngungun masih mampu menyediakan perkhidmatan kesihatan baik kepada kedua-dua kawasan berkenaan. 

“Sehingga kini, belum ada perancangan untuk membina klinik baharu di Nanga Dap dan Nanga Ngemah memandangkan Hospital Kanowit dan Klinik Kesihatan Nanga Ngungun masih mampu menyediakan perkhidmatan kesihatan baik.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...