Wednesday, November 14, 2012

16 Jam Terputus Bekalan Elektrik

Sekitar 300 buah keluarga terputus bekalan elektrik selama 16 jam sejak malam kelmarin, apabila sebuah lori merempuh tiang talian utama elektrik yang menyalurkan bekalan tenaga elektrik di kawasan Tudan dan Lutong.

Bagaimanapun, masalah tersebut berjaya diatasi selepas bekalan elektrik disambung semula tengah hari semalam. 

Pengurus Sarawak Energy Berhad (SEB) Wilayah Utara, Yusri Safri memberitahu usaha menyambung semula bekalan tersebut terpaksa ditangguh pada malam kelmarin kerana hujan lebat yang berterusan. 

“Sebahagian besar pengguna yang terjejas malam tadi (kelmarin), telah pulih bekalan elektrik dalam masa dua jam. “Bagaimanapun, baki kira-kira 300 keluarga lagi, bekalan elektrik mereka disambung semula pada jam 12 tengah hari tadi (semalam). 

Kami menjangkakan masalah ini pulih sepenuhnya dalam masa sejam lagi,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...