Wednesday, November 14, 2012

Perketat undang-Undang Cegah Pecah Kubur

Kegiatan memecah kubur sebelum melarikan barangan berharga yang ditanam bersama si mati tidak akan berkesudahan selagi tiada undang-undang yang lebih berat digubal. 

Pemanca Stanley Gramong berkata, undang-undang yang sedia ada dilihat masih belum berupaya menyelesaikan perkara tersebut. 

“Jikalau pelakunya diitangkap dan terbukti melakukan jenayah tersebut, biasanya mereka hanya dikenakan denda sahaja.

“Saya percaya, tindakan mendenda penjenayah terbabit tidak mampu mengekang perbuatan tidak bertanggungjawab itu,” katanya ketika dihubungi semalam bagi mengulas kejadian pecah kubur Tanah Perkuburan Iban di Bukit Aup, di sini baru-baru ini. 

Difahamkan insiden tersebut disedari sejak dua minggu lalu, namun laporan polis hanya dibuat penduduk sebuah rumah panjang di Balai Polis Sentral di sini, Jumaat lalu. 

Stanley berkata, kebiasaan undang-undang dipraktikkan berkisarkan jenayah mencuri barangan si mati atau lebih dikenali sebagai ‘baya’ dalam bahasa tempatan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...