Wednesday, November 14, 2012

Produk Ayamas Kembali Di Pasaran

Krisis yang melanda produk terkenal Ayamas Food Corporation Sdn Bhd (Ayamas) baru-baru ini tidak mematahkan semangatnya untuk kembali semula di pasaran tempatan mulai hari ini (Selasa) selepas produk berkenaan disahkan tidak mengandungi bahan terlarang. 

Menurut Pengarah Asfine Marketing Sdn Bhd Sim Han Wee yang merupakan pengedar produk berkenaan bagi Kuching dan Sri Aman, pihaknya akan mengedar semula produk itu pada hari ini (Selasa) di seluruh bandar raya ini sehingga ke Sri Aman. 

“Jadi, penggemar dan peminat Ayamas boleh menda-patkan semula produk kegemaran mereka mulai esok (Selasa) kerana kami akan meng-edar semula produk ini di setiap pasar raya di bandar raya Kuching sehingga Sri Aman,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di pejabatnya di Kawasan Perindustrian Bintawa dekat sini semalam. Pada masa yang sama Sim berkata akibat isu itu, syarikatnya mengalami hampir 80 peratus jualan produk berkenaan terjejas. 

“Untuk itu, kami akan mengadakan promosi jualan bagi mengembalikan semula pandangan orang ramai terhadap produk ini,” jelasnya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...