Wednesday, November 14, 2012

Guru Di Luar Bandar Perlu Pikul Tugas Bukan Mengadu

Guru-guru yang mengajar di sekolah-sekolah di luar bandar di negeri ini, jangan menjadikan masalah dan kekurangan infrastruktur serta kemudahan asas yang lain, sebagai alasan untuk tidak menyerlah dalam kerjaya mereka. 

Sebaliknya kekurangan seumpama itulah yang harus dijadikan kekuatan dan cabaran dalam tugasan mereka sebagai seorang guru untuk mencurahkan ilmu kepada anak-anak di luar bandar dan seterusnya melahirkan pelajar yang cemerlang walaupun tanpa kelebihan seperti di bandar-bandar. 

Oleh yang demikian guru-guru yang dihantar untuk berkhidmat ke kawasan luar bandar, menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau, tidak seharusnya mengadu mengenai masalah tersebut, sebaliknya memberikan komitmen sepenuhnya untuk mendidik murid-murid mereka hingga berjaya.

“Saya faham dengan cabaran yang anda hadapi, terutamanya guru-guru yang datang dari Semenanjung Malaysia dan mereka yang tidak pernah ada pengalaman tinggal di kawasan luar bandar, tetapi kita perlu sedar bahawa ada tugas dan tanggungjawab untuk dilaksanakan,” katanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...