Wednesday, November 14, 2012

Masyarakat Melanau Digesa Pelihara Perpaduan

Masyarakat Melanau di sini digesa supaya memelihara perpaduan sedia wujud dan menjalin kerjasama lebih erat untuk bersama-sama mengecapi kemakmuran serta kemajuan berterusan.  

Ahli Parlimen Mukah Dato Sri Muhammad Leo Michael Toyad berkata kemakmuran serta kemajuan yang dinikmati hari ini adalah hasil daripada perpaduan pelbagai kaum di negeri ini. 

“Semua kaum terutama masyarakat Melanau harus memperkukuh kerjasama antara satu sama lain bagi memastikan mereka bersatu, justeru meneruskan kesinambungan kemajuan,” katanya pada Majlis Hari Keluarga Persatuan Melanau Miri (PMM) di sini malam kelmarin.

Menurutnya, kestabilan dan keharmonian akan menjamin program pembangunan yang direncanakan kerajaan berjalan dengan lancar. 

“Menerusi suasana tenteram dan hidup harmoni, rakyat dapat melaksanakan kerja mereka tanpa sebarang halangan dan merupakan kunci ke arah kemajuan pesat,” jelasnya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...