Wednesday, November 14, 2012

Jentera BN Perlu Diperkasa

Jentera Barisan Nasional (BN) di Sarawak digesa untuk tidak menganggap usaha parti pemerintah (BN) menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang hanya sebagai urusan kerajaan persekutuan. 

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Fuad Hassan berkata kesemua empat parti komponen di sini mesti bekerja lebih keras untuk memastikan BN menang di semua 31 kerusi Parlimen di negeri ini.  

“Kami melalui urusan kerajaan negeri di mana kerajaan persekutuan telah turun padang bagi memastikan BN di bawah kepimpinan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud memenangi pilihan raya negeri yang lalu.

“Oleh itu, saya minta jen-tera BN negeri ini melakukan lebih daripada yang mereka lakukan dahulu untuk memastikan BN bukan sahaja menang, tetapi juga mendapat majoriti dua pertiga untuk meneruskan pentadbiran di Putrajaya,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada sesi dialog bersama kira-kira 100 ahli jentera BN daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) kawasan Parlimen Selangau, Sarikei, Lanang, Sibu dan Kanowit, di sini kelmarin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...