Wednesday, November 14, 2012

KPDNKK Limbang Tetap Harga Maksimum Barangan Kawalan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Bahagian Limbang menetapkan harga maksimum borong dan runcit bagi 14 jenis barang kawalan untuk dikuatkuasakan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2012 untuk daerah Limbang dan Lawas. 

Wakil Ketua Cawangan KPDNKK Bahagian Limbang, Wendy Dasu berkata Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) selama 10 hari itu bermula 8 November sehingga 17 November ini. 

Menurutnya, barangan kawalan itu termasuklah ayam hidup (RM8.70 sekilogram), ayam standard (RM10.50 sekilogram), ayam super (RM11.50 sekilogram), daging kambing tempatan bertulang (RM32 sekilogram) dan daging kambing biri-biri import bertulang (RM22.30 sekilogram). 

“Harga barangan lain daging paha kambing biri-biri import bertulang (RM38 sekilogram), telur ayam gred A (38 sen sebiji), gred B (37 sen sebiji), gred C (36 sen sebiji), tomato (RM6 sekilogram), bawang merah kecil (India) (6.50 sekilogram), ubi kentang import (China) (RM4.50 sekilogram) dan kacang dal (Australia) (RM4 sekilogram),” katanya. 

Wendy turut memberi amaran kepada peniaga agar mematuhi harga siling SKHMP yang ditetapkan oleh kerajaan supaya mereka tidak dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan harga 1946 kerana keengganan mereka mematuhi skim berkenaan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...