Wednesday, November 14, 2012

Pendidikan Rakyat Luar Bandar Dipertingkat

Gelombang pembangunan yang pesat membangun di negeri ini bukan sahaja turut dinikmati oleh rakyat di bandar malah menular ke luar bandar terutamanya di kawasan hulu sungai. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa berkata inilah kebaikan dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) tanpa meminggirkan penduduk sekali pun tinggal jauh di kawasan luar bandar walaupun disedari amat sukar untuk melaksanakan pembangunan di kawasan tersebut.  

“Bagi memastikan dasar dan pengagihan yang sama rata serta kesungguhan pemimpin-pemimpin BN melaksanakannya maka kita semua harus sentiasa memberi sokongan padu kepada BN terutama pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,” katanya pada Majlis Merarau Sekolah Kebangsaan Basi, Engkilili, baru-baru ini. 

Dr Rayong berkata, kerajaan juga tidak mengabaikan aspek pembangunan pendidikan di negeri ini terutamanya luar bandar demi mewujud taraf pendidikan yang sama rata bagi semua rakyat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...