Wednesday, November 14, 2012

Permohonan BR1M 2.0 Parlimen Sibuti Meningkat

Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 bagi kawasan Parlimen Sibuti telah meningkat sepuluh peratus selepas pendaftaran permohonan dibuka di pekan Bekenu sejak Jumaat lalu. 

Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang berkata pihaknya bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah membuka kaunter untuk mendaftar pemohon baharu yang layak menerima BR1M 2.0. 

“Kita telah mendaftar hampir 1,000 orang pemohon baharu yang layak menerima BR1M bagi kawasan Bekenu dan usaha itu akan dilaksanakan di Batu Niah, Sepupok dan Lambir,” katanya di sini semalam. 

Ahmad Lai memberitahu, selain mendaftar pemohon baharu yang layak, pihaknya turut memberi penerangan berkenaan program BR1M 2.0 kepada penduduk luar bandar. 

“Kita akan terus menjalankan usaha untuk mendaftar pemohon baharu bagi memastikan mereka yang layak menerima bantuan yang sewajarnya,” jelasnya. 

Beliau menarik perhatian daripada 1,000 pemohon baharu BR1M 2.0, 300 orang merupakan pemohon dalam kategori bujang yang berusia 21 ke atas dan berpendapatan bawah RM2,000.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...