Wednesday, November 14, 2012

Kaum India Beri Sumbangan Penting Kepada Pembangunan Negeri

Kaum India merupakan kaum minoriti namun telah memberi sumbangan penting kepada masyarakat khasnya dalam bidang ekonomi dan kemasyarakatan yang patut dibanggakan dan dicontohi.

Menteri Muda Pelancongan Datuk Talib Zulpilip berkata walaupun kaum India merupakan kaum minoriti namun mereka juga merupakan sebahagian daripada tenaga kerja mahir dalam bidang perguruan, kejuruteraan, undang-undang, pengamal perubatan dan perniagaan yang telah membantu kepada pembangunan negeri.

“Kaum India di negara ini dilayan secara adil dan mendapat manfaat saksama seperti kaum-kaum lain berbanding dengan negara lain di mana diskriminasi kaum minoriti berlaku disebabkan perbezaan agama dan kaum.

“Ini menunjukkan persefahaman antara semua kaum yang patut dibanggakan,” ujar beliau semalam ketika melakukan kunjungan ke rumah terbuka Pegawai Sumber Manusia Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) Kannan Muniady sempena perayaan Deepavali. 

Talib yang juga pengerusi SEDC berkata kaum India telah memberi sumbangan besar kepada ekonomi negeri ini memandangkan jumlah mereka yang kecil yang kebanyakannya menjalankan perusahaan kecil dan sederhana.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...